Tekanan baik membuat anda bekerja
keras dan lakukan perkara dengan baik. Kita semua perlu
sedikit sebanyak tekanan untuk kita berfungsi dengan
efektif dan jumlah tekanan ini perlulah dalam kadar
yang optimum untuk setiap individu. Tekanan yang buruk
atau terlalu banyak tekanan boleh menyebabkan satu kesan
yang buruk kepada seseorang sehingga menyebabkan gejala-gejala
emosi dan fizikal. Ini juga mungkin diikuti dengan perubahan
dalam tingkah laku seseorang seperti meminum alkohol
atau mengambil ubat pententeram secara berlebihan.
Semasa tekanan kronik, kebolehan badan
untuk terus menghadapinya akhirnya akan terjejas. Individu
tersebut mungkin akan menghidapi penyakit fizikal seperti
penyakit jantung (koronari) dan hipertensi serta juga
masalah psikologi seperti kemurungan dan kebimbangan.
Mempelajari cara untuk mengurus tekanan akan membantu
anda menjalani hidup yang lebih gembira.
|