Gangguan tekanan lepas kejadian traumatik (PTSD) adalah
keadaan yang melemahkan diri yang menyusuli satu peristiwa
yang menggerunkan. Gejala-gejala mungkin adalah tidak
begitu teruk atau sangat teruk sebagai contoh penghidap
mungkin mudah menjadi jengkel atau mendapat ledakan
yang ganas. Dalam kes-kes yang sangat teruk mereka mungkin
menghadapi masalah bekerja atau bergaul.
Kriteria diagnostik untuk PTSD termasuk
meneliti sejarah pendedahan kepada suatu peristiwa yang
hampir melibatkan maut atau kecederaan atau yang membawa
maut atau kecederaan, atau merupakan satu ancaman kepada
integriti fizikal seseorang atau orang lain. Semasa
pendedahan traumatik ini, individu itu mengalami perasaan
takut, ketidakupayaan atau perasaan gerun yang keterlaluan.
Terdapat tiga kategori utama gejala-gejala yang berlaku
selepas peristiwa traumatik.
1. Mengalami semula Trauma tersebut
Selalunya orang yang menghidapi PTSD
akan mempunyai episod-episod apabila mereka mengalami
semula peristiwa traumatik tersebut dalam bentuk ingatan
yang datang secara tiba-tiba dan yang jelas yang diikuti
oleh perasaan emosi yang menyakitkan. Ini dipanggil
satu “imbasan kembali” - satu kenangan yang
sangat kuat sehingga individu tersebut menganggap yang
dirinya sebenarnya mengalami semula trauma itu atau
melihat ianya berlaku di hadapan matanya sendiri. Pada
kanak-kanak yang melalui trauma,
pengalaman semula trauma ini berlaku di dalam bentuk
drama yang berulang-ulang.
Pengalaman semula itu boleh juga berlaku di dalam bentuk
mimpi-mimpi buruk. Untuk kanak-kanak yang kecil, mimpi
yang menyedihkan mungkin bertukar menjadi mimpi-mimpi
buruk berkenaan dengan raksasa atau ancaman kepada diri
sendiri atau orang lain.
Ada masanya, pengalaman semula itu
mungkin datang sebagai serangan emosi yang berlaku secara
tiba-tiba dan yang menyakitkan yang nampaknya tiada
sebab. Emosi ini adalah biasanya kesedihan, rasa takut
atau kemarahan.
2. Mengelakkan diri
Mereka yang menghidapi PTSD selalunya
mengelakkan pertalian beremosi yang rapat dengan keluarga,
rakan sekerja dan rakan-rakan. Orang itu berasa kaku,
mempunyai emosi yang berkurangan dan sering mengatakan
mereka tidak boleh merasa emosi terutamanya terhadap
mereka yang paling rapat.
Orang dengan PTSD juga mengelakkan
keadaan-keadaan yang mengingatkan mereka kepada peristiwa
traumatik tersebut kerana gejala-gejala itu mungkin
menjadi lebih teruk. Sebagai contoh seorang bekas perajurit
mungkin bereaksi secara keterlaluan apabila dia melihat
orang memakai pakaian seragam.
Kanak-kanak yang menghidapi PTSD mungkin
menunjukkan perubahan yang ketara dalam sikap mereka
terhadap masa depan mereka. Kanak-kanak itu, mungkin
sebagai contoh, tidak mengharapkan untuk berkahwin atau
mempunyai satu kerjaya.
3. Kebangkitan Hiper
Orang yang mengalami PTSD mungkin berkelakuan
seperti mereka terancam oleh trauma itu secara berterusan.
Mereka menjadi jengkel dan sukar untuk menumpukan perhatian.
Mereka senang terkejut oleh bunyi-bunyi yang kuat. Ada
masanya mereka yang mengalami PTSD menghidapi serangan
cemas di mana gejala-gejalanya melibatkan rasa takut
yang keterlaluan yang menyerupai perasaan yang dirasai
semasa trauma tersebut. Mereka mungkin berpeluh, mempunyai
kesusahan untuk bernafas dan mendapati kadar jantung
mereka meningkat. Mereka mungkin juga mengadu berkenaan
dengan rasa loya dan pening. Ramai kanak-kanak yang
mengalami trauma mempunyai gejala-gejala fizikal seperti
sakit perut dan sakit kepala.
Kesemua gejala-gejala di atas berlanjutan
selama lebih daripada satu bulan dan mengakibatkan gangguan
sosial dan pekerjaan yang ketara.
Individu-individu yang menghidapi PTSD
selalunya mempunyai masalah-masalah yang mengiringi
seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol. Mereka juga
mengalami gejala-gejala lain yang berkaitan dengan gangguan
angin (perasaan) dan kebimbangan seperti
- berasa murung, sedih
dan kurang bertenaga
- berasa jengkel, mudah terganggu
fikiran, marah dan geram
- berasa bersalah kerana terselamat,
kerana masih lagi hidup, kerana perkara-perkara yang
tidak dikatakan atau dilakukan.
- berasa takut dan bimbang
- kesusahan untuk tidur dan
menumpukan perhatian
- menangis secara spontan,
berasa putus harapan, putus asa yang mungkin membawa
kefikiran mahu membunuh diri.
Justeru itu tekanan traumatik boleh mempercepatkan
begitu banyak gejala-gejala dan keadaan-keadaan.
|