Health Information

Maklumat Kesihatan

Interactive Patient Guide

Panduan Pesakit Interaktif

Skills for Life - Homecare
Health Check Online
 
 
 
 
 
Select  
 


Memahami Penyakit Mental

Apa itu penyakit mental?


Penyakit mental boleh menimpa sesiapa. Penyakit ini tidak mengenal umur, status ekonomi, bangsa atau agama. Gangguan mental berbeza-beza dari jenis yang sederhana iaitu gangguan jenis sementara yang berkaitan dengan tekanan sehingga gangguan yang lebih teruk dan berpanjangan. Seramai 16% daripada penduduk di Singapura mengalami gangguan mental minor.

Penyakit mental bukannya satu jenis penyakit yang tersendiri sahaja tetapi terdiri daripada berbagai penyakit. Ia termasuk berbagai jenis gangguan emosi dan mental yang berbeza dari segi sebab, gejala dan rawatannya. Penyakit ini mengakibatkan gangguan yang sederhana sehingga teruk dari segi proses pemikiran, perasaan serta tingkah laku yang seterusnya menyebabkan ketidakmampuan untuk mengendalikan permintaan dan rutin hidup yang biasa.

 

Apakah jenis-jenis penyakit mental?


Penyakit mental boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama:

1. Psikotik (penyakit mental yang utama)
Contohnya skizofrenia, psikosis kemurungan manik, gangguan delusi

2. Bukan psikotik (penyakit mental yang minor)
Contohnya gangguan kebimbangan, gangguan nafsu kuat yang keterlaluan dan gangguan pemakanan

Penyakit Psikotik

Orang yang menghidapi penyakit psikotik akan kehilangan penilaian terhadap realiti dan akan memahami dunia secara berlainan daripada orang lain. Mereka mungkin akan mengalami delusi iaitu kepercayaan palsu berkenaan kebesaran dan penganiayaan dan mengalami halusinasi. Mereka mungkin akan melihat, mendengar, merasa, menghidu dan merasakan perkara-perkara yang sebenarnya tidak wujud. Mereka mungkin berasa murung atau gembira pada perkadaran yang tidak setimpal dengan keadaan hidup mereka.

Penyakit bukan psikotik

Gejala-gejala penyakit bukan psikotik berbentuk sejenis sikap keterlaluan bagi jenis-jenis tingkah laku dan perasaan biasa. Orang-orang yang mengalami penyakit bukan psikotik mungkin akan berasa kebimbangan, tekanan, ketakutan dan kemurungan yang tidak terkawal. Perasaan ini boleh menyebabkan kesedihan peribadi yang ketara yang mengakibatkan kesusahan dalam mengendalikan aktiviti harian.

 

Apakah sebab-sebab penyakit mental?

Penyakit mental bukannya disebabkan oleh kelemahan minda atau semangat, kekurangan tekad atau kuasa-kuasa ghaib yang berbentuk dirasuk syaitan.

Sebab sebenar terjadinya penyakit mental tidak diketahui atau difahami sepenuhnya. Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik telah menentukan bahawa masalah mental kemungkinannya disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dalam otak. Ketidakseimbangan ini mungkin disebabkan oleh suatu tindakbalas terhadap tekanan persekitaran, faktor genetik dan ketidakseimbangan biokimia ataupun satu kombinasi faktor-faktor di atas.

 

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit mental?

Beberapa di antara tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit mental termasuk:

Untuk orang dewasa:

1. kekeliruan dan pemikiran tidak realistik

2. bercakap sendiri, ketawa atau menangis tanpa sesuatu sebab yang munasabah

3. bercakap dengan pantas tanpa berhenti, bertukar daripada satu topik ke satu topik yang lain

4. meragam dan kesedihan berpanjangan

5. rasa gembira dan sedih yang keterlaluan

6. ketakutan, keresahan dan kebimbangan yang keterlaluan

7. pengunduran sosial

8. perubahan ketara dalam tabiat makan dan tidur

9. perasaan marah yang amat sangat

10. delusi atau halusinasi

11. ketidakmampuan dalam menghadapi aktiviti harian

12. fikiran untuk membunuh diri

13. terdapat banyak kesakitan fizikal yang tidak dapat dijelaskan

14. tidak mengakui masalah-masalah walaupun yang kelihatan nyata

Untuk kanak-kanak dan remaja:

1. perubahan dalam prestasi sekolah

2. keengganan untuk bersekolah

3. rungutan keterlaluan berkenaan kesakitan fizikal

4. kegelisahan dan kebimbangan yang keterlaluan

5. perubahan dalam tabiat makan dan tidur

6. bersikap kasar dan tidak mahu menurut kata secara berterusan

7. selalu marah

8. tidak mematuhi pihak berkuasa, ponteng dan mencuri

9. angin negatif yang berpanjangan dan berfikir pasal kematian

 

Bolehkah penyakit mental diubati?


Penyakit mental, sepertimana kebanyakan penyakit fizikal seperti hipertensi dan diabetes melitus, tidak boleh dipulihkan tetapi boleh dirawati. Penjagaan dan perubatan yang baik boleh mengurangkan serta memberi kelegaan terhadap gejala-gejala penyakit mental yang mendorong kembali perlakuan aktiviti-aktiviti biasa.

 

What does treatment involve?

The treatment for mental illness usually involved a combination of

1. Medication such as antipsychotics and antidepressants and

2. Counselling or psychotherapy

 

Rawatan melibatkan apa?


Rawatan untuk penyakit mental biasanya melibatkan kombinasi:

    1. Perubatan seperti antipsikotik dan antidepresan serta

    2. Kaunseling dan psikoterapi

 

Bagaimanakah untuk membantu pesakit mental?

  • Belajar untuk melihat penyakit mental sepertimana juga sebarang penyakit lain.
  • Terima sahaja bahawa sekiranya seorang berlagak secara luarbiasa, ianya mungkin gejala penyakit mental.
  • Berikan sokongan dan empatetik terhadap pesakit mental.
  • Dorong orang yang menghidap penyakit mental agar mereka mendapatkan perubatan psikiatri.


Penyakit mental boleh dirawati.

 

Ingin dapatkan nasihat profesional?

Bahagian Perubatan Psikologi CGH menawarkan khidmat psikiatrik yang menyeluruh. Jika anda ingin membuat janji temu untuk perundingan psikiatrik, sila hubungi Pusat Janji Temu kami di talian: 68503333.