|
1. Jangan menyimpan perasaan dalam hati
Jika anda telah baru-baru ini menerima
suatu berita buruk atau krisis yang besar dalam hidup
anda, cuba berbual dengan orang yang rapat dengan anda
mengenai bagaimana perasaan anda berkenaannya. Ada baiknya
anda menjalani semula pengalaman pahit itu beberapa
kali, menangis secukup-cukupnya dan cuba berbual mengenainya.
Ini merupakan satu mekanisme sembuhan semulajadi minda
2. Membahagikan tugas-tugas
Jangan tetapkan sasaran yang susah.
Pecahkan masalah yang besar ke bahagian-bahagian yang
lebih kecil, kenalpasti menurut keutamaannya dan buatlah
apa yang terdaya oleh anda.

3. Buat sesuatu untuk mengisi fikiran anda.
Tinggalkan rumah untuk membuat sedikit
senaman walaupun ianya bertujuan untuk berjalan sahaja.
Walaupun anda berasa tidak berkebolehan untuk melakukan
sebarang kerja, ada baiknya sekiranya anda cuba melakukan
kerja-kerja ringan seperti kerja rumah.
Ini akan membantu anda melupakan perkara-perkara yang
menyedihkan itu.
4. Diet seimbang
Makanlah makanan yang baik, seimbang secara kerap walaupun
anda berasa tiada selera makan.
5. Elakkan penyalahgunaan alkohol
Tentangi sebarang godaan untuk melupakan
kesedihan anda dengan minuman alkohol. Alkohol sebenarnya
memendam perasaan, oleh itu walaupun ia mungkin dapat
memberikan anda
kelegaan segera, namun ini adalah untuk sementara dan
anda mungkin bertambah murung kemudiannya. Ianya juga
tidak baik bagi kesihatan fizikal anda.
6. Jangan terlalu risau berkenaan
insomnia
Jangan terlampau risau jika anda tidak dapat
tidur. Dengar radio atau tonton TV. Merehatkan badan
anda akan membantu juga, walaupun anda tidak sebenarnya
tidur. Jika perlu, doktor juga akan mampreskripsikan
sedikit sedatif sehingga perasaan anda bertambah baik.
7. Beri diri anda sedikit masa
Ingatkan diri anda bahawa kemurungan
adalah sesuatu yang orang lain telah alami, dan lambat
laun anda juga akan dapat mengakhirinya. Kemurungan
boleh menjadi suatu pengalaman yang berguna. Keadaan
atau perhubungan akan dapat dilihat lebih jelas, dan
kini anda mungkin telah punyai kekuatan dan kebijaksanaan
untuk membuat keputusan dan perubahan penting dalam
hidup anda yang anda cuba elakkan sebelum ini.
|