Health Information

Maklumat Kesihatan

Interactive Patient Guide

Panduan Pesakit Interaktif

Skills for Life - Homecare
Health Check Online
 
 
 
 
 
Select  
 


Memahami Kemurungan

Page 1 | Page 2 | Page3 | Page 4

Bagaimana anda merawati kemurungan?


Ubat-ubatan psikoterapi dan antidepresan boleh diguna untuk merawati gangguan kemurungan. Satu kombinasi antidepresan dan psikoterapi nampaknya memberikan kesan yang lebih baik jika dibandingkan dengan salah satu cara sahaja. Perubatan akan dapat memberikan satu kelegaan yang cepat dan psikoterapi membantu pesakit untuk menghadapi masalah hidup secara lebih berkesan.

1. Psikoterapi

Psikoterapi melibatkan perbualan berkenaan perkara-perkara bersama dengan seorang kaunselor yang terlatih atau seorang ahli psikoterapi. Adakalanya, ianya agak susah untuk meluahkan perasaan anda yang sebenar walaupun kepada kawan karib. Berbual dengan seorang ahli terapi, iaitu seorang yang benar-benar mendengar dan memahami tanpa membuat sebarang perhitungan boleh membawa kelegaan yang besar.


2. Antidepresan

Antidepresan diperlukan jika kemurungan anda teruk atau telah berlanjutan selama beberapa lama. Antidepresan yang paling kerap digunakan adalah antidepresan trikitaran (TCAs), penyekat kadar penyerapan semula serotonin yang terpilih (SSRIs), penyekat monoamina oksidas, litium dan beberapa antidepresan baru seperti penyekat kadar penyerapan semula serotonegik noadrenegik. Litium dan penstabil perasaan yang lain seperti natrium valproat dan karbamazepin selalunya digunakan untuk meningkatkan kemujaraban antidepresan.

Adalah penting untuk memahami bahawa antidepresan tidak mula bertindak sebaik sahaja anda mengambilnya. Tindakannya perlahan dan anda perlu bersabar sewaktu minggu pertama atau kedua. Bila anda sudah berasa lebih baik, adalah mustahak untuk tidak berhenti mengambilnya secara serta merta kerana anda mungkin kembali ke keadaan kemurungan sekali lagi. Biar doktor yang menasihati anda bila untuk berhenti.

Anda boleh makan diet biasa (jika tidak, doktor akan memberitahu anda) dan ubat ini sesuai diguna bersama ubat penghilang kesakitan, antibiotik dan pil pencegah hamil jenis telan. Anda seharusnya tidak mengambil minuman alkohol kerana ianya akan menjejaskan pil tersebut dan membuat anda sangat mengantuk. Ubat-ubatan anti-kebimbangan seperti diazepam bukannya anti-depresan. Ianya kadangkala dipreskripsi bersama dengan anti-depresan tetapi ianya tidak seharusnya diambil secara berasingan untuk gangguan kemurungan.


3. Terapi elektro-konvulsi (ECT)


Ada sebilangan kecil orang yang mengalami kemurungan teruk yang tidak bertambah baik melalui rawatan ini atau mereka tidak boleh mengambil ubat tersebut. Terapi elektro-konvulsi (ECT) mungkin boleh digunakan. Ia melibatkan pemberian ubat bius yang sederhana dan sejenis dadah untuk mengendurkan otot-otot badan, dan satu aliran elektrik kemudiannya akan dialirkan melalui otak selama beberapa saat.



Keseluruhan tatacara ini akan mengambil masa limabelas minit dan apa yang diketahui oleh pesakit ialah beliau sebenarnya telah tidur. Satu rawatan ECT melibatkan enam hingga dua belas rawatan, yang biasanya diberi selama tiga kali dalam seminggu.

 

Apakah kesan sampingan antidepresan?

Antidepresan bukannya ubat penenteram walaupun ianya mungkin membantu anda berasa kurang bimbang. Ianya juga tidak menyebabkan penagihan. Ia adalah sangat mujarab dalam mengubah seorang yang kemurungan kembali ke keadaan asal.

Bagaimanapun, antidepresan mungkin mengakibatkan satu kesan sampingan yang sederhana dan yang selalunya bersifat sementara pada sesetengah orang. Kesan-kesan ini mungkin menjengkelkan tetapi ianya tidak serius. Bagaimanapun, jika kesan-kesan sampingan ini luarbiasa atau mengganggu aktiviti harian anda, jangan berlengah untuk melaporkannya kepada doktor anda. Kesan sampingan yang paling ketara dan cara-cara mengatasinya adalah:

  • mulut kekeringan - minum lebih air.
  • sembelit - makan bijirin bran, prun, buah-buahan dan sayur - sayuran.
  • rasa nak pintam - bangun dari katil atau kerusi secara perlahan.
  • rasa mengantuk - ini akan hilang dengan segera ; jangan memandu atau mengendalikan peralatan berat jika anda berasa mengantuk atau dalam keadaan sedasi.
Ubat anti-depresan yang terbaru menpunyai kesan-kesan sampingan yang berlainan:
  • Sakit kepala – ini kebiasaannya akan hilang.
  • rasa mual dan ketidakselesaan perut walaupun berlaku ianya bersifat sementara selepas setiap dos; ambil ubat dengan makanan.
  • Perasaan gementar dan insomnia – ini mungkin berlaku semasa beberapa minggu yang pertama; pengurangan dos atau tempoh masa selalunya boleh mengatasinya.

 


Page 1 | Page 2 | Page3 | Page 4