|
1. Faktor genetik
Ada sesetengah jenis kemurungan yang
sememangnya wujud dalam keluarga, yang menunjukkan faktor
genetik atau turun temurun dalam pengagihan gangguan
kemurungan. Bagaimanapun, ia boleh juga berlaku kepada
orang yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami
kemurungan. Sama ada diterima secara turun-temurun atau
tidak, gangguan kemurungan yang besar selalunya dikaitkan
dengan adanya terlalu sedikit atau terlalu banyak bahan
kimia yang tertentu dalam otak.
2. Peristiwa-peristiwa yang menekankan
Peristiwa hidup adalah faktor-faktor
yang menyumbangkan kepada kemurungan. Adalah agak biasa
untuk berasa murung selepas suatu peristiwa yang agak
menyedihkan tetapi biasanya kita akan dapat menenangkan
perasaan kita berkenaan apa yang telah berlaku dan akan
mulai menerimanya. Sebarang perubahan, kehilangan serius
atau tekanan seperti kematian orang yang disayangi,
perceraian, kehilangan kerja, persaraan atau berpindah
ke rumah baru, boleh mendatangkan penyakit kemurungan.
3. Kekurangan sokongan sosial
Keadaan-keadaan menekankan juga memainkan
peranan. Jika kita seorang diri dan terasing secara
sosial, mempunyai banyak lagi masalah lain atau adalah
lemah secara fizikal, maka kita lebih mudah mendapati
kemurungan. Contohnya, ada wanita yang mengalami kemurungan
berterusan selepas melahirkan anak kerana mereka tidak
mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada keluarga
mereka.
4. Penyakit Fizikal
Kemurungan juga biasa diikuti dengan
penyakit fizikal, terutamanya penyakit mengancam nyawa
seperti barah dan penyakit jantung, penyakit yang menyakitkan
dan kronik seperti artritis, bronkitis atau strok. Ada
kemurungan yang boleh menuruti bersama jangkitan seperti
influenza.
5. Keperibadian
Keperibadian mungkin juga boleh memainkan
peranan dalam kemurungan. Walaupun sesiapa juga boleh
menjadi murung di bawah keadaan-keadaan tertentu, ada
di antara kita yang lebih mudah dipengaruhi daripada
yang lain kerana sifat peribadi atau pengalaman lampau
kita.
6. Kelainan jantina
Nampaknya wanita lebih kerap menjadi murung daripada
lelaki. Ini mungkin kerana lelaki lebih kerap tidak
mahu mengakui perasaan mereka, memendam perasaan atau
menunjukkannya dalam keadaan agresif atau melalui minum
minuman keras secara berlebihan. Ini juga mungkin bermakna
bahawa wanita mengalami lebih banyak tekanan, akibat
perlu bekerja dan pada waktu yang sama menjaga anak.
7.
Remaja
IUntuk muda mudi suatu angin kemurungan adalah biasa
kerana proses kematangan yang semulajadi, tekanan yang
berkaitan dengannya, pengaruh hormon seks, serta konflik
berkenaan kebebasan mereka dengan ibubapa. Ianya juga
mungkin merupakan satu reaksi terhadap suatu peristiwa
yang mengganggu seperti kematian seorang kawan atau
ahli keluarga, putus hubungan dengan teman wanita atau
lelaki atau kegagalan di sekolah.
Remaja yang mempunyai harga diri yang rendah, sangat
kritikal kepada diri sendiri dan merasakan kurangnya
kawalan mereka terhadap peristiwa-peristiwa negatif
adalah yang terutamanya menanggung risiko menjadi murung
bilamana mereka mengalami peristiwa yang menekankan.
8. Kemurungan di kalangan golongan tua
Mengesan kemurungan di kalangan golongan
tua mungkin rumit disebabkan beberapa faktor. Selalunya
gejala kemurungan dikaitkan dengan proses menjadi tua
atau suatu keadaan kesihatan dan bukannya berkenaan
dengan kemurungan. Faktor-faktor yang menyebabkannya
termasuk kesusahan untuk menghadapi kehilangan teman
hidup atau kawan karib, kesakitan dan penyakit kronik,
kehilangan mobiliti atau daya ingatan, perubahan keadaan
seperti pindah dari rumah ke pusat orang-orang yang
bersara atau perubahan dalam keluarga. Kemurungan juga
boleh menjadi tanda terhadap suatu masalah perubatan.
Ianya boleh menjadi rumit akibat gangguan otak yang
dikaitkan dengan proses meningkat usia seperti penyakit
Alzheimer atau sindrom otak organik.
|