|
Suatu gangguan kemurungan merupakan penyakit “keseluruhan
badan.” Ia boleh mempengaruhi cara anda berasa
dan berfikir, iaitu secara emosi dan secara fizikal.
Gangguan kemurungan datangnya dalam berbagai bentuk.
1. Kemurungan utama
Kemurungan utama disifatkan sebagai
satu kombinasi gejala-gejala yang menjejaskan kerja,
minat dan perasaan kita terhadap keluarga dan kawan-kawan.
Ianya terdiri daripada angin kemurungan
yang berterusan dan yang teruk yang berlanjutan selama
sekurang-kurangnya dua minggu dan mengakibatkan kesedihan
yang ketara yang mengganggu fungsi harian anda. Episod-episod
penghalang ini boleh berlaku sekali, dua kali ataupun
beberapa kali dalam seumur hidup.
2. Distimia
Distimia adalah kemurungan berbentuk
lebih sederhana yang dicirikan oleh gejala-gejala kemurungan
kronik jangka panjang. Perasaan kemurungan akan berterusan
selama tempoh dua tahun dan diikuti oleh perubahan dalam
tenaga, selera atau tidur serta juga kehilangan harga
diri dan suatu perasaan putus asa. Gejala-gejala ini
mengakibatkan kesedihan dan kesusahan untuk berfungsi
tetapi ianya tidak seteruk yang dialami seperti pada
kemurungan utama. Orang-orang yang menghidapi distimia
menghadapi risiko tambahan terhadap episod seperti kemurungan
utama. “Double depression” atau kemurungan
dua kali berlaku bilamana kemurungan sederhana wujud
pada kebanyakan masa dan diselangi sekali sekala oleh
tempoh gejala-gejala kemurungan yang lebih teruk lagi.
|