Health Information

Maklumat Kesihatan

Interactive Patient Guide

Panduan Pesakit Interaktif

Skills for Life - Homecare
Health Check Online
 
 
 
 
 
Select  
 


Demensia

Page 1 | Page 2 | Page 3

Apakah yang boleh dibuat oleh keluarga untuk membantu pesakit demensia?


Jika seorang pemberi jagaan mengesyaki adanya penyakit Alzheimer, dapatkan bantuan doktor bagi pengenalpastian. Pilihlah seorang doktor yang arif berkenaan wargatua. Klinik penilaian khas terdapat di Hospital Alexandra, Hospital Besar Changi, Institut Kesihatan Mental, Hospital Universiti Nasional dan Hospital Tan Tock Seng.

Cuba pelajari lebih lagi mengenai penyakit tersebut. Terdapat kelas-kelas pendidikan dan latihan yang dikelolakan oleh organisasi kebajikan sukarela.

 


Nombor untuk dihubungi

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan khidmat khas yang boleh didapati daripada kumpulan masyarakat. Persatuan Penyakit Alzheimer memberikan khidmat pendidikan dan sokongan kepada pesakit demensia dan untuk pemberi jagaan mereka. Yayasan Tsao memberikan latihan serta bengkel untuk pemberi jagaan. SAGE (Kumpulan Tindakan Wargatua Singapura) menawarkan talian penting bagi tujuan panggilan berkenaan masalah berkaitan dengan wargatua. Pusat Penjagaan Siang Hari yang memberi khidmat khasnya kepada pesakit demensia juga boleh didapati untuk menyediakan program aktiviti siang hari di kalangan masyarakat. Contohnya seperti Apex Harmony Lodge, Pusat New Horizon, Pusat Jagaan Siang Hari Sunlove Day Centre dan Swami Home.

Persatuan Penyakit Alzheimer - Pusat New Horizon (Toa Payoh)
Blk 157 Toa Payoh Lorong 1 #01-1195 Singapura 310157
Tel: 6353 8734
Apex Harmony Lodge
10 Pasir Ris Walk
(Off Pasir Ris Drive 3) Singapura 518240 Tel: 6585 2265
Faks: 6585 2982
Sunlove Abode untuk mereka yang terjejas secara intelek
461 Lorong Buangkok Trafalgar Units Singapore 547698 Tel: 6483 0841 Faks: 6483 2025
Yayasan Tsao Pusat Latihan Hua Mei
5 Temasek Boulevard #12-01 Suntec Tower Five Singapore 038985 Tel: 6471 7740
Pusat New Horizon (Bukit Batok)
Blk 511 Bukit Batok Street 52 #01-211 Singapura 650511 Tel: 6565 9958
Pusat Kaunseling SAGE untuk Wargatua (SCCE)
19 Toa Payoh West Singapura 318876 Talian Bantuan Tel: 6565 9958 Faks: 6354 1905
Rumah Kebajikan Sunshine Welfare Action Mission (SWAMI) 5 Sembawang Walk Singapura 757717 Tel: 6257 6117
Faks: 6754 8443

 

Ingin dapatkan rawatan professional?


Bahagian Perubatan Psikologi CGH menawarkan khidmat psikiatri yang menyeluruh. Jika anda ingin membuat janji temu untuk perundingan psikiatri, sila hubungi Pusat Janji Temu kami di talian: 6850 3333

 


Page 1 | Page 2 | Page 3