Penyakit Alzheimer adalah penyakit yang paling biasa
yang mengakibatkan penyakit demensia dan melibatkan
50% - 60% daripada semua kes-kes. Ianya merosakkan sel-sel
otak dan saraf-saraf yang menjejaskan bahan neurokimia
yang membawa maklumat dalam otak, terutamanya yang menyimpan
ingatan. Perkembangan penyakit ini biasanya akan berlanjutan
selama lapan tahun sejak gejala-gejala mula kelihatan.
Lebih kurang 10 juta daripada penduduk
dunia mengalami penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer
menduduki tempat ke tiga sebagai penyakit pembawa maut
yang utama iaitu selepas penyakit kardiovaskular dan
barah. Di Singapura seramai 3,200 pesakit menghidapi
penyakit Alzeihmer dalam tahun 2000. Angka ini dijangka
akan berganda sebanyak 3 kali, menjadi 10,500 di sepanjang
30 tahun yang berikut. Kebanyakan daripada mereka yang
menghidapinya berumur lebih daripada 65 tahun. Kebarangkalian
menghidapi penyakit ini semakin tinggi mengikut peningkatan
usia. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang jarang
berlaku, penyakit Alzheimer boleh wujud di kalangan
orang yang berumur di antara 40an dan 50an.
Seorang lagi yang turut terganggu oleh penyakit Alzheimer
adalah orang yang memberi jagaan. Sebenarnya tekanan
yang berlaku semasa menjaga seorang penghidap penyakit
Alzheimer selalunya akan melibatkan seisi keluarga.
Keluarga dan pemberi jagaan akan mengalami kegelisahan
emosi seperti kemarahan, keterasingan, masalah tidur
dan kemurungan. Terdapat beban yang bertambah dan kegelisahan
secara keseluruhan, apabila penyakit semakin tenat sehingga
akhirnya pesakit tersebut akan bergantung sepenuhnya
kepada orang lain. Penjagaan seorang pesakit Alzheimer
begitu mencabar dan susah tetapi bantuan boleh diperolehi
untuk meringankan beban
Pakar perubatan, para profesional kesihatan
mental, kumpulan sokongan pemberi jagaan dan persatuan
Alzheimer boleh memberikan nasihat dan bimbingan yang
amat diperlukan.
Tiada terdapat sebarang rawatan yang
diketahui untuk penyakit tersebut, tetapi terdapat beberapa
terapi baru. Terapi tersebut secara spesifiknya bertujuan
untuk demensia Alzheimer yang akan melambatkan kemerosotan
simptomatik dan meningkatkan kognisi, aktiviti kehidupan
harian serta fungsi keseluruhan.
|