Setiap orang akan mengalami demensia dalam cara yang
tersendiri. Gejala-gejala termasuklah:
- Terlupa tarikh-tarikh

- Selalu tersalah simpan barang-barang
- Mengulangi soalan
- Kerap lupa untuk tutup
dapur gas atau paip air
- Susah memikirkan perkataan-perkataan
yang sesuai bila menerangkan sesuatu
- Sukar melakukan kerja-kerja
yang sebelum ini dianggap rutin biasa
- Sesat dalam persekitaran
yang dikenali dahulunya
- Menghadapi masalah memandu
- Menghadapi masalah membuat
keputusan kewangan
- Perubahan angin (perasaan)
termasuk keresahan dan kemurungan
- Perubahan personaliti
seperti peradaban yang kurang sesuai dalam situasi-situasi
sosial
Pada peringkat awal, adalah sukar
untuk memastikan sama ada terdapat sesuatu yang tidak
kena. Adalah satu kebiasaan bagi orang-orang yang terjejas
oleh penyakit Alzheimer (salah satu daripada sebab-sebab
demensia) untuk menafikan yang mereka sedang menghadapi
masalah. Ahli-ahli keluarga mungkin akan mengesyaki
ada sesuatu yang tidak kena. Adalah penting untuk mendapatkan
bantuan secepat yang mungkin kerana perubatan boleh
membawa kesan yang lebih baik sekiranya dapat dilaksanakan
pada peringkat awal.
Pada peringkat pertengahan, penyeliaan ke atas aktiviti
harian yang tertentu diperlukan. Perubahan angin personaliti
mungkin akan menjadi lebih ketara dan bermasalah. Sebagai
contohn, mereka mungkin akan menjadi lebih resah di
tengah malam atau akan merayau-rayau dan sesat. Atau
mereka akan kehilangan rasa malu mereka, akan berani
menanggalkan pakaian di khalayak ramai atau cuba menjalin
hubungan seks sumbang.
Pada peringkat yang lanjut, penyakit
ini disusuli dengan kemerosotan kognitif yang teruk.
Orang yang terjejas akan menjadi acuh tak acuh, keliru
dan tidak dapat mengemudi diri dalam rumah sendiri.
Orang tersebut juga akan susah mengawal hawa nafsu dan
kehilangan pertuturan yang boleh difahami. Akhirnya
pada peringkat lanjut ini, mereka yang terjejas tidak
dapat menjaga diri sendiri dan akan perlu bantuan dalam
semua aspek aktiviti harian.
|