Health Information

Maklumat Kesihatan

Interactive Patient Guide

Panduan Pesakit Interaktif

Skills for Life - Homecare
Health Check Online
 
 
 
 
 
Select  
 


Gangguan Angin Dwipolar

Page 1 | Page 2

Mengapa rawatan diperlukan?

Jika tidak dirawat, penghidap mungkin akan pulih dengan sendirinya menjelang masa tetapi selalunya dengan kesan-kesan membinasakan terhadap kehidupan mereka, keluarga mereka dan penderitaan yang keterlaluan. Di mana boleh, kemasukan lebih awal ke hospital sama ada untuk mania atau kemurungan yang teruk akan membolehkan pemulihan yang lebih cepat. Tambahan pula, rawatan pesakit-dalam hospital juga membantu melindungi pesakit daripada akibat langsung penyakit ini, seperti pertimbangan yang terburu-buru dalam mania atau percubaan membunuh diri ketika kemurungan yang teruk.

Bagaimana gangguan angin dwipolar dirawat?


Perubahan angin dalam kebanyakan kes (60-80%) boleh dikawal atau dikurangkan dengan ubat-ubatan seperti penstabil angin. Ubat yang paling sering digunakan adalah litium karbonat. Ini memerlukan pengawasan yang teliti melalui ujian darah yang kerap bagi memeriksa paras-paras yang berkesan.

Litium boleh menahan perubahan angin pada paras yang boleh diterima dari segi sosial dan oleh individu dan boleh menghindarkan serangan yang paling teruk. Rawatan ini membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan yang biasa dan berguna. Malangnya untuk sebilangan kecil penghidap, rawatan ini sama ada mempunyai kesan ketara yang kecil atau untuk sebilangan penghidap yang lebih kecil, rawatan ini mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak dapat diterima. Antara kesan-kesan sampingan litium karbonat adalah:

  • kedahagaan dan pengencingan yang sering
  • tangan terketar-ketar
  • ruam kulit


Penstabil angin yang lain termasuk anti-konvulsan seperti karbamazepin dan natrium valproat.

Ada kalanya ubat-ubatan yang lain juga digunakan untuk merawat sama ada kemurungan atau mania. Kadang-kala, lebih daripada satu ubat diperlukan. Ubat-ubatan ini termasuk antidepresan, antipsikotik dan benzodiazepin. Untuk setiap ubat, ada “kesan sampingan”. Ubat-ubatan ini digunakan hanya untuk mempercepatkan pengembalian ke keadaan biasa dan adalah jarang untuk ianya perlu diberikan berterusan.

Satu lagi rawatan yang kadang-kala digunakan dalam kes-kes kemurungan yang teruk dan sekali-sekala untuk mania adalah Terapi Elektro-Konvulsi (ECT). Apabila ianya diberi, pesakit diberikan pengendur otot dan anestetik am yang bertindak untuk masa yang pendek. Arus elektrik yang dikawal rapi dialirkan melintasi otak dari elektrod-elektrod yang bertempat di kepala. Mungkin terjadi kehilangan daya ingatan selama tempoh rawatan tetapi tiada bukti kesan-kesan jangkamasa panjang terhadap daya ingatan. Pada umumnya, kemurungan yang teruk boleh diperbaiki dengan jayanya oleh ECT.

 

Bagaimana untuk menghadapi penyakit ini?


Kesan-kesan perubahan angin mengakibatkan ketegangan yang amat sangat terhadap perkahwinan dan anak-anak (atau ibu bapa), dan pada majikan dan rakan-rakan serta penghidap itu sendiri. Dalam beberapa kes, ini membawa kepada keterasingan, kehilangan pekerjaan, atau kehilangan tempat tinggal, menyebabkan ketegangan tambahan dan menambahkan kesepian kepada penghidap. Oleh itu penyakit ini menjejaskan penghidap, keluarganya dan masyarakat dengan cara yang berbeza.

a. Penghidap

Penghidap perlu akui yang mereka sakit dan ini tidak mudah. Dia mungkin perlu mengambil penstabil angin, dalam satu bentuk atau yang lain, untuk jangkamasa yang agak nyata, kemungkinan juga untuk selebih hayatnya.

Cuba cam gejala-gejala secara lebih awal sebab kadang-kala adalah mungkin untuk mencegah perubahan angin daripada menjadi lebih teruk sama ada melalui rawatan ubat-ubatan yang lebih awal atau dengan mengelakkan keadaan-keadaan yang rumit. Perubahan dalam pola tidur biasanya adalah penunjuk berguna kambuh awal. Elakkan kerumitan dengan tidak menyalahgunakan produk alkohol dan kafeina (teh, kopi, coke) dan mengekalkan diet yang seimbang. Oleh kerana penyakit ini boleh jadi berkaitan dengan tekanan, belajar apa yang menyebabkan anda tertekan dan rancangkan kehidupan anda untuk cuba mengelakkan tekanan yang agak keterlaluan.

Jangan buat keputusan yang besar bila sakit. Sekiranya anda mempunyai kecenderungan membelanjakan wang bila dalam keadaan “berkhayal”, maka pertimbangkan untuk meletakkan urusan-urusan anda ke dalam satu amanah atau lantik seorang wakil untuk bertindak bagi pihak anda. Sedari bahawa orang-orang yang rapat dengan anda cuba membantu anda.


b. Saudara-mara dan rakan-rakan

Pertama sekali, mereka yang tersayang dan saudara-mara harus mengenali bahawa kelakuan ganjil, bahasa yang keras atau kesat atau mendiam diri yang berpanjangan, iaitu yang mencirikan sesetengah fasa penyakit ini, bukan satu aspek keperibadian yang dahulunya tersembunyi tetapi adalah satu gejala gangguan angin.

Fahami yang anda mungkin perlu mengunci atau menyembunyikan racun-racun keperluan rumah atau pil-pil pada masa-masa tertentu atau pada masa-masa yang lain perlu keluar dan mencari penghidap tersebut. Jangan takut untuk berhubung dengan pihak polis kerana secara amnya mereka boleh membantu. Anda juga mungkin perlu menggalakkan orang tersebut melawati pakar sakit jiwa, atau meminta bantuan segera apabila penghidap dalam keadaan sangat “berkhayal” sehingga dia tidak lagi menyedari yang ada sesuatu yang tidak kena.

Melawati penghidap di hospital juga boleh menjadi satu ujian berkenaan kepercayaan dan pemahaman anda. Anda mungkin tidak diterima dengan baik, dituduh memasukkan mereka ke dalam hospital dsbnya. Ianya akan membantu penghidap jika anda kekal konsisten dan teguh dalam sikap anda. Anda mungkin dapat mendalami dan memahami dengan lebih lanjut tentang penyakit ini daripada kakitangan kejururawatan dan perubatan.

 

Ingin dapatkan nasihat profesional?


Bahagian Perubatan Psikologi CGH menawarkan perkhidmatan psikiatrik yang menyeluruh. Jika anda ingin menempah janji temu untuk perundingan psikiatrik, sila hubungi Pusat Janji Temu kami di talian: 68503333.

 


Page 1 | Page 2