Gangguan angin dwipolar, juga dikenali sebagai psikosis
kemurungan manik (MDP), adalah sejenis gangguan angin
yang dicirikan oleh angin yang berubah. Ramai orang
mengalami perubahan angin yang biasa dari “perasaan
sugul pagi hari Isnin” ke perasaan gembira yang
sederhana.
Dalam gangguan angin dwipolar, terdapat
perubahan dari jenis kemurungan yang keterlaluan hingga
ke kegembiraan yang amat sangat atau mania dan kelampauaktifan,
adakalanya sehingga hilang sentuhan dengan kenyataan.
Namun, ada juga tempoh berkeadaan biasa sepenuhnya yang
berpanjangan. Pesakit kemurungan manik menghidapi perubahan
angin yang keterlaluan menurut tempoh yang lebih berpanjangan
dan dianggap sebagai sakit secara klinikal semasa serangan
seperti ini. Seorang doktor atau pakar sakit jiwa akan
melihat jikalau serangan mania diiringi oleh kemurungan
sebelum mendiagnosis gangguan angin dwipolar.
Gangguan angin dwipolar biasanya bermula
di masa remaja atau pada awal masa dewasa dan berterusan
sepanjang hayat. Ianya selalunya tidak diakui sebagai
suatu penyakit dan orang yang menghidapinya mungkin
terpaksa menderita secara tidak wajar untuk bertahun-tahun
atau ada juga selama berdekad-dekad.
|